Pastinya setiap ibu dan ayah ingin dan impikan seorang anak yang soleh dan solehah.
Melakukan ibadah aqiqah merupakan salah satu tanda kesyukuran kita terhadap pemberian rezeki anak oleh Allah SWT.
Jom zahirkan rasa kesyukuran kita untuk Allah SWT.
“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kepadanya jalan keluar (kepada permasalahannya) dan memberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka sangka
(Surah At-Talaq ayat 2-3)”
Antara cara bertaqwa itu ialah dengan menunaikan ibadah yang dituntut oleh Allah, antaranya ialah dengan berAQIQAH
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya : “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
[Riwayat al-Bukhari (2839)]
Maksudnya : “ Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari yang ke tujuh dalam masa yang sama diberikan nama dan dicukur rambutnya ”.
[Riwayat Abu Daud (1522)]
(Imam Ibn Qoyyim, menghuraikan : Tergadai ertinya tertahan, sama ada perbuatannya sendiri atau perbuatan orang lain… dan Allah jadikan aqiqah untuk anak sebagai sebab untuk melepaskan kekangan dari syaitan, yang mana syaitan itu mengiringi bayi sejak lahir ke dunia lagi, dan menusuk bagian pinggang dengan jarinya. Sehingga aqiqah menjadi tebusan untuk membebaskan bayi dari jerat syaitan, yang menghalanginya untuk melakukan kebaikan akhiratnya yang merupakan tempat kembalinya)
Ini bermakna dengan kita melaksanakan aqiqah, anak kita dapat ditebus dari jerat syaitan yang sentiasa mengekorinya sejak lahir. Jadi, Aqiqah bukan sekadar sebagai tanda syukur, tapi juga sebagai penebus bayi dari jerat syaitan.



Diyakini dan disyorkan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan Ustaz Yaakub Yusra
Setiap penyertaan akan terima sijil premium dan resit pembelian tanda transaksi.
Semua peserta Aqiqah akan terima laporan ekslusif video dan gambar perlaksanaan aqiqah terus kepada anda selepas Aqiqah dilaksanakan
Pembayaran secara online 100% memudahkan peserta beraqiqah
Setiap penyertaan akan terima hadiah berupa ebook, printable dan video yang menarik
Harga Aqiqah antara yang terendah di pasaran untuk membantu ramai orang dapat melaksanakan ibadah aqiqah dan hidup dengan lebih barakah.
Bukan sahaja dapat pahala aqiqah, malah turut dapat pahala sedekah. Ini kerana, daging aqiqah yang diagihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
Semua pelaksanaan Aqiqah bersama Aqiqah Barakah akan dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan. Daging Aqiqah yang telah siap dimasak manis akan disedeqahkan pada pelarian yang kekurangan sumber makanan.
Bayangkan mereka yang jarang dapat makanan, hanya bergantung pada pemberian orang, menerima daging kambing yang dimasak panas-panas mungkin sekali dalam setahun. Doa-doa mereka pasti baik untuk anak-anak kita. Insyaa Allah
Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak.
Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak .
“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”
– Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah
“Kami memudahkan anda untuk melaksanakan ibadah Aqiqah yang dituntut ini dengan memberikan pakej harga kambing yang lebih murah di luar negara”
Bantu jimatkan perbelanjaan daripada buat majlis aqiqah
Kambing di sana lebih murah berbanding Malaysia
Aqiqah dapat dilaksanakan walaupun dalam musim PKP
Dapat bantu pelarian yang kekurangan makanan di sana
Antara sebab kenapa kami sediakan Aqiqah diluar negara. Moga Allah Redha.