Aqiqah Barakah

Aqiqah siap
masak
sempurna
mengikut sunnah

Selamat datang

Kenapa pilih Aqiqah Barakah?

Aqiqah Barakah melaksanakan Ibadah Aqiqah yang diamanahkan dengan lengkap termasuk sembelihan, dimasak dan baru diagihkan kepada fakir miskin serta dapat memudahkan proses pemberian agihan kepada fakir miskin itu sendiri kerana sudah siap dimasak yang mana secara tak lansung dapat meningkatkan amalan dan pahala dalam ibadah Aqiqah. Insyaa Allah.

Kelebihan

Bersama aqiqah barakah

disyorkan oleh ustaz pahrol mohamad juoi

Proses yang mudah dan cepat

proses aqiqah lengkap (pahala sunat)

bukti dikongsikan di telegram

12 hadiah percuma istimewa

peluang menang hadiah untuk anak

peluang jana pendapatan sampingan

penjimatan sehingga rm100.00

dISYORKAN OLEH USTAZ YAAKUB YUSRA

SEBAHAGIAN DARI PENDAFTARAN AKAN DISUMBANGKAN PADA MADAD CENTER

proses aqiqah barakah

Play Video
Testimoni

pengakuan peserta aqiqah

Saya sangat bersyukur bila dah dapat selesaikan ibadah Aqiqah mengikut Sunnah sebenar. Yang lagi syukur bila dapat tau kambing yang diAqiqahkan disampaikan pada mereka yang betul-betul memerlukan dan dimasak dahulu sebelum diagihkan. Ia umpama pakej lengkap untuk ibadah Aqiqah. Terima Kasih Aqiqah Barakah..
Qosim Rodzuan
Pengurus Perniagaan
kelebihan

Melaksanakan aqiqah siap masak

Lebih utama dimasak

Daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak

dimasak manis manis

Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang

anak terpelihara

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tersebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat

dekat dengan allah

aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi

tanda kesyukuran

sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki

Khas Peserta Aqiqah Barakah

12 Hadiah percuma istimewa

Sijil Aqiqah Premium

(akan dihantar ke rumah dalam masa 4 - 8 hari waktu bekerja)

Kurma Ajwa Madinah

(akan dihantar ke rumah dalam masa 4 - 8 hari waktu bekerja)

Ebook Solusi Kehidupan

Ebook Jangan Putus Harapan Tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Koleksi Doa Mustajab Nabi

Ebook Koleksi doa Mustajab Nabi (Ekslusif Aqiqah Barakah)

Himpunan Doa dari AlQuran

Ebook 10 Himpunan Doa dari AlQuran (Ekslusif Aqiqah Barakah)

Ebook Mudahnya Tajwid

Ebook Mudahnya Tajwid (Ekslusif Mengaji Barakah)

Usrah Keluarga Barakah

Ebook Usrah Keluarga Barakah (Dipetik dari Usrah keluarga Barakah bersama Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

6 Nota Usrah Barakah

6 Nota Usrah Barakah (Ekslusif Usrah Barakah)

Ayat Hikmah Ust Pahrol

83 Ayat Hikmah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (Ekslusif Usrah Barakah)

Video tahsin AlFatihah

Video Tahsin AlFatihah (Ekslusif Mengaji Barakah)

Rakaman Usrah Barakah

Video Rakaman Usrah Barakah 1 (Ekslusif Usrah Barakah)

Sedutan Usrah bertulis

7 Kompilasi Sedutan Usrah bertulis (Ekslusif Usrah Barakah)

Peluang Menang "Tabung Simpanan Anak bernilai RM500"

Setiap penyertaan Aqiqah akan dikumpulkan setiap bulan dan dicabut undi yang mana seorang pemenang bertuah akan dipilih. Setiap bulan akan ada seorang pemenang bertuah layak menerima hadiah penghargaan berupa “Wang bernilai RM500” yang akan dikreditkan dalam akaun pemenang untuk dijadikan simpanan tabungan untuk anak. Insyaa Allah

Pakej Aqiqah Barakah

Pakej harga Aqiqah

1 Ekor kambing

rm590

rm499

Akan Menerima
  • Proses Lengkap Aqiqah Siap Masak dan agih kepada fakir miskin
  • Sijil Aqiqah Premium
  • Kurma Ajwa Madinah
  • Ebook Jangan Putus Harap Tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
  • Ebook Koleksi Doa Mustajab Nabi
  • Ebook 10 Himpunan Doa dari AlQuran
  • Ebook Mudahnya Tajwid
  • Ebook Usrah Keluarga Barakah
  • 6 Nota Usrah Barakah
  • 83 Ayat Hikmah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
  • Video tahsin AlFatihah
  • Video Rakaman Usrah Barakah Episod 1
  • 7 Kompilasi Sedutan Usrah bertulis
  • Peluang menang Simpanan Tabungan Anak bernilai RM500
  • Peluang Jana pendapatan bersama Aqiqah Barakah
  • Group Telegram untuk Bukti Pelaksanaan
  • Penjimatan sebanyak RM91

2 ekor kambing (lelaki)

rm1050

rm950

Akan Menerima
  • Proses Lengkap Aqiqah Siap Masak dan agih kepada fakir miskin
  • Sijil Aqiqah Premium
  • 2 x Kurma Ajwa Madinah
  • Ebook Jangan Putus Harap Tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
  • Ebook Koleksi Doa Mustajab Nabi
  • Ebook 10 Himpunan Doa dari AlQuran
  • Ebook Mudahnya Tajwid
  • Ebook Usrah Keluarga Barakah
  • 6 Nota Usrah Barakah
  • 83 Ayat Hikmah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
  • Video tahsin AlFatihah
  • Video Rakaman Usrah Barakah Episod 1
  • 7 Kompilasi Sedutan Usrah bertulis
  • Peluang menang Simpanan Tabungan Anak bernilai RM500
  • Peluang Jana pendapatan bersama Aqiqah Barakah
  • Group Telegram untuk Bukti Pelaksanaan
  • Penjimatan Sebanyak RM100

ada soalan ?

SOAL JAWAB

Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Bagi Aqiqah di luar negara, kami telah memilih dan mengiktiraf wakil  mengiktiraf wakil-wakil untuk setiap negara bagi melaksanakan aqiqah tersebut dengan sempurna di bawah pemantauan kami mengikut SOP negara mereka.

Pelaksanaan aqiqah yang PALING AFDAL (terbaik) ialah melaksanakan dengan tangan sendiri di tempat sendiri.

Bagi memberi alternatif untuk yang tidak mampu atau berpeluang melaksanakan seperti di atas, maka pelaksanaan melalui perwakilan samada di dalam atau luar negara tiada berbeza.

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh melaksanakan aqiqah untuk anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

Ya, syarikat Aqiqah Barakah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), nombor pendaftaran kami ialah PG0516243-U dan berstatus Aktif.

Tidak. Harga bagi pakej- pakej tersebut sudah termasuk caj perkhidmatan.

Hukum aqad adalah sunnah. Akad adalah lafaz persetujuan dua pihak. Akad boleh dilafazkan dengan mulut, atas kertas atau meredhai sesuatu itu berlaku walaupun tidak disebut. Paling penting kedua-dua pihak jelas dengan apa yang sedang dilakukan. Setiap amal itu dimulakan dengan niat dan niat itu boleh berlaku dalam hati atau melafazkan dibibir dan menyempurnakan dengan amalan.

Waktu yang afdal melaksanakan aqiqah ialah hari ke-7 kelahiran. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan aqiqahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7 dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah no. 3165, Ahmad 5/12).

Tetapi, jika sudah terlepas hari ketujuh, tiada masalah untuk membuat aqiqah di hari yang lain. Hukumnya tetap sama iaitu sunnah muakkad, apabila dibuat, mendapat pahala yang besar disisi Allah. 

 

perlaksanaan aqiqah sebaik-baiknya dilaksanakan semasa anak berumur 7 hari atau 14 hari atau 21 hari atau sebelum baligh, akan tetapi aqiqah tidak dihadkan kepada anak kecil yang baru lahir sahaja, ianya juga dituntut kepada mereka yang sudah dewasa yang belum dilaksanakan aqiqah atas apa-apa sebab, maka ibu bapa hendaklah mengaqiqahkan anak mereka walaupun selepas mereka baligh kerana tiada had masa bagi tuntutan ibadah aqiqah.

Bilangan sembelihan aqiqah untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala bilangan sembelihan untuk anak perempuan adalah 1 ekor kambing – Riwayat Abu Daud (2842)

Ya boleh diwakilkan seperti konsep wakalah.Penyembelihan aqiqah atau qurban perlu dipastikan menepati syarat-syaratnya, contoh seperti syarat usia haiwan 2 tahun ke atas dan sembelihan itu mesti diniatkan aqiqah atau qurban.

Ibadah aqiqah ialah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi atau jika sudah terlepas hari ke 7 sekalipun, boleh dibuat bila bila masa sekalipun.

Manakala ibadah qurban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu 10 hingga 13 haribulan Zulhijjah

Tidak perlu diaqiqahkan bagi yang meninggal dalam kandungan ibunya,

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.

Menurut riwayat Ibnu Sakan pula, “Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

Apabila kita melihat penjelasan tentang sejarah ibadah aqiqah seperti di atas, tradisi aqiqah ini adalah suatu tradisi yang diterima oleh Islam dengan mengadakan pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Hikmah penyembelihan aqiqah itu diterima oleh Islam kerana aqiqah itu merupakan suatu upacara yang memperlihatkan kegembiraan, mensyukuri nikmat, serta merupakan suatu ibadah sosial.

Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:

  1. Aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi.
  2. Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
  3. Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
  4. Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
  5. Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.

Sudah menjadi intipati amalan dalam Islam bahawa setiap amalan itu perlu didahului dengan doa. Ini bagi menambahkan lagi kesempurnaan sesuatu ibadah itu. Maka dalam konteks penyembelihan haiwan aqiqah, pertama, saudara perlu membaca Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian diikuti dengan doa “Oh Tuhan, ini adalah aqiqah si Polan (sebut nama anak), ia merupakan nikmat daripada-Mu, dan kepada-Mu kami kembalikan.”

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

  1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
  5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.

Hukum melaksanakan aqiqah ialah SUNNAH MUAKKADAH iaitu sunnah yang dituntut.

  • Adapun hukum melaksanakannya di luar negara ialah HARUS.
  • Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai.
  • Tapi ada yang tak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan tak sesuai seperti covid sekarang.
  • Jadi bila tak mampu buat semua, janganlah tinggalkan semua.

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Boleh, jika berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Rasulullah SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas menjadi Rasul iaitu ketika umur Baginda SAW 40 tahun.

Kelebihan kami adalah kerana kami pernah Bersama dalam misi kemanusiaan dan mempunyai hubungan rapat dengan orang di Kem Pelarian tersebut. Disini, kami tawarkan perkhidmatan aqiqah khusus untuk membantu mereka menjana ekonomi umat Islam disana dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka, disamping dapat menyalurkan sumbangan orang ramai kepada fakir miskin disana.

Alhamdulillah, team operasi kami yang berada disana bersedia untuk menerima tempahan tuan dan puan. Tiada halangan dari pihak berwajib setakat ini.

Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan.

Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing. Dalam sebuah hadis telah diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.

melaksanakan aqiqah bagi pihak anak yatim dengan menggunakan harta anak yatim adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

Aqiqah seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka jika sekiranya saudari berniat ingin berbuat demikian dan saudari benar-benar mengetahui bahawa ibu bapa saudari belum diaqiqahkan, maka laksanakan dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima amalan yang saudari ingin laksanakan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa ada mewasiatkan demikian maka wajib ditunaikan.

Memang benar apa yang nyatakan, berbeza dengan korban yang dagingnya sunat diagihkan secara mentah, aqiqah pula sunat dimasak dengan masakan yang manis-manis dan dibuat jamuan atau diagihkan setelah dimasak. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.; “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”

Inilah antara perbezaan yang ada di antara korban dan aqiqah, daging korban sunat diagihkan dalam keadaan mentah, manakala daging aqiqah pula sunat diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis. Adapun hikmah kenapa kita disarankan memasak daging aqiqah dengan masakan yang manis-manis ialah kerana ia sebagai doa harapan baik (tafa-ul), mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang.

Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”. Antara hikmah di sebaliknya tuntutan tersebut ialah supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain.

Di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah S.W.T terhadap kurniaan anak, antara tujuan utama dianjurkan ibadah aqiqah di dalam Islam ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga, jiran, rakan taulan, dan orang Islam yang miskin dengan mengadakan kenduri dan jamuan, maka mengikut pendapat Imam Syafie menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama adalah dibolehkan.

Memang tujuan sebenar tuntutan aqiqah ialah bersedekah bagi melahirkan kesyukuran atas kurniaan anak yang baru dilahirkan, akan tetapi jika sekiranya seseorang ingin mengambil keberkatan ibadah tersebut dengan memakan sedikit daripadanya adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun bersedekah dengan semua daging aqiqah tersebut kepada yang memerlukan amatlah baik.

Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat, maka beberapa sunnah boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah tersebut, antaranya;

  1. Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
  2. Memberikan nama pada bayi tersebut.
  3. Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
  4. Mengkhatan bayi tersebut. mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A. “Bahawasanya Nabi S.A.W mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.”

Pada Hari Raya Korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuk anak tersebut, jadi apabila bertemu Hari Raya Korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, saudara boleh menggabungkan niat perlaksanaan aqiqah anak dengan niat korban, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.

Tidak. Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain R.Anhuma.

Makruh hukumnya menjamu daging sembelihan aqiqah sedangkan masih terdapat golongan faqir miskin semuslim yang tidak diberikan daging aqiqah tersebut.

Haram hukumnya bilamana daging sembelihan dari ibadah aqiqah itu diberikan sepenuhnya kepada golongan bukan Islam berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw:

“Janganlah kamu bersahabat dengan bukan Islam dan jangan kamu memberi makan kecuali mereka yang bertakwa.”

(Riwayat Abu Dawud).